Friday, January 8, 2010

Tahun sebelum 2010 menjelma,saya diuji dengan pelbagai perkara yang menyesakkan hati.Ketenangan yang ada pasang surutnya.Ehmm,begitulah kita,dilahirkan didunia ini untuk diberi “masalah”.Sebenarnya yang lebih baik dikatakan “ujian”.
Dalam saya menghadapi pelbagai rintangan hidup sebelum ini,sedikit sebanyak telah mengubah corak pemikiran saya terhadap sesuatu dan saya perasaan,bahawa diri saya mengalami perubahan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan yang sebelum ini.Yang pertamanya tentulah cara saya menyelesaikan sesuatu masalah.Dalam fikrah saya sendiri,saya katakan,apa saja masalah itu dipanggil sebagai ujian.Jika saya saya membiarkan masalah itu terus menjadi masalah,maka ia terus menjadi masalah.Boleh jadi masalah yang dibiarkan itu,bertapuk-tapuk hingga merosakkan pemikiran kita sendiri.Jadi,cuba kita anggap sahaja masalah itu sebagai ujian hidup kita,maka masalah itu bukan lagi masalah tetapi sebaliknya adalah ujian.Sudah tentunya bagi orang islam yang beriman,tidak lain dan tidak bukan,ujian itu tentunya datang dari Allah,maka mengapa kita perlu runsing dengan ujian yang kita hadapi kerana Allah telahpun menjamin disebalik kepayahan yang kita hadapi itu sudah tentunya ada kesenangan yang akan diberi.Maka tahun 2010 adalah tahun yang penuh persediaan untuk saya,saya rasa.Tidak ada kata yang patut dilafaz lagi melainkan pujian yang diberikan kepada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,Maha Mendengar dan Maha Melihat.AllahuAkbar!!

No comments:

Post a Comment