Friday, January 8, 2010

Wahai teman penyejuk hati,
Bukankah Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-nahl ayat 97 yang bermaksud:

Demi Kami(Allah)membalas orang2 yang sabar itu dengan pahala yang terlebih baik daripada usaha yang telah mereka perbuat

Apa yang boleh saya bicarakan tentang sabar hingga saya sendiri merasai betapa perit dan seksa hidup yang saya lalui sebelum ini hinggalah saya kini mampu memahami mengapa saya diuji.Maka dengan itu,kini, saya mengerti makna disebalik kata sabar itu.
Bagaimana sabar itu menjadi benteng dalam setiap hembusan nafas yang hampir terhenti setelah diuji hebat?

Wahai teman penyejuk hati,
Dengan sabrlah kita kan bangun.walau lemah tak berdaya,walau luka dihati kekal berparut hingga kini,ingatlah sabar menemani setiap saat denyut nadi kita dan jangan biarkan sabar itu hilang pergi.disebalik kesusahan yang kita alami,yakinlah pasti Allah akan memberi yang terbaik untuk kita.Bagaimana para nabi yang mulia disisi Allah,diuji dengan bermacam-macam ujian.semua itu hanyalah iuntuk mengangkat martabat disisiNya.
Bagaimana Rasulullah s.a.w pada awal menyebarkan dakwahnya dalam agama islam,baginda begitu hebat ditentang oleh kaum Quraisy Makkah.Baginda menerima cacian dan tuduhan dari kaumnya itu.Malah mereka menghalangi baginda dalam menyebarkan dakwahnya.Namun dengan kesabaran yang tinggi yang ada pada Nabi s.a.w,baginda dapat menolak segala cacian,kutukan,cercaan dan halangan.sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Demi Allah!seandainya mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan dikiriku supaya aku meninggalkan tugas ini(dakwah)tidak sekali2 aku mahu meninggalkannya,sehingga diangkat darinya oleh Allah atau aku mati kerananya”

Bagaimana sabarnya Nabi Ayub a.s menderita sakit yang sangat teruk,sehingga isterinya berkata kepadanya, “mengapakah engkau tidak memohon meminta disembuhkan oleh Allah dari penyakit yang telah engkau hidapi berpanjangan itu?”.jawab nabi Ayub a.s, “tidakkah engkau tahu bahawa aku telah merasakan senang selama 70tahun?jadi tidakkah kita boleh bersabar merasa susah selama ini?”.Sehingga tidak beberapa lama kemudian,sembuhlah Nabi Ayub dari sakitnya.

Wahai teman penyejuk hati,
Percayalah kataku,
Dengan sabarlah kita memahami hakikat hidup ini,
Dengan sabarlah kita merasai Allah yang memberikan segalanya,
Dengan sabarlah semakin utuh keyakinan kita kepadaNya
Dengan sabarlah hati yang keras bisa menjadi lembut,
Dengan sabarlah kita dapat merasai kenikmatan dan kebahagiaan disebalik ujian yang telah Allah berikan.
Sabar itulah dari Allah yang dihantarkan kedalam hati2 orang yang dikehendakiNya.
Sabar menguatkan jiwa kita dan sabar adalah anugerah yang takterkira nilainya.
Tahun sebelum 2010 menjelma,saya diuji dengan pelbagai perkara yang menyesakkan hati.Ketenangan yang ada pasang surutnya.Ehmm,begitulah kita,dilahirkan didunia ini untuk diberi “masalah”.Sebenarnya yang lebih baik dikatakan “ujian”.
Dalam saya menghadapi pelbagai rintangan hidup sebelum ini,sedikit sebanyak telah mengubah corak pemikiran saya terhadap sesuatu dan saya perasaan,bahawa diri saya mengalami perubahan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan yang sebelum ini.Yang pertamanya tentulah cara saya menyelesaikan sesuatu masalah.Dalam fikrah saya sendiri,saya katakan,apa saja masalah itu dipanggil sebagai ujian.Jika saya saya membiarkan masalah itu terus menjadi masalah,maka ia terus menjadi masalah.Boleh jadi masalah yang dibiarkan itu,bertapuk-tapuk hingga merosakkan pemikiran kita sendiri.Jadi,cuba kita anggap sahaja masalah itu sebagai ujian hidup kita,maka masalah itu bukan lagi masalah tetapi sebaliknya adalah ujian.Sudah tentunya bagi orang islam yang beriman,tidak lain dan tidak bukan,ujian itu tentunya datang dari Allah,maka mengapa kita perlu runsing dengan ujian yang kita hadapi kerana Allah telahpun menjamin disebalik kepayahan yang kita hadapi itu sudah tentunya ada kesenangan yang akan diberi.Maka tahun 2010 adalah tahun yang penuh persediaan untuk saya,saya rasa.Tidak ada kata yang patut dilafaz lagi melainkan pujian yang diberikan kepada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,Maha Mendengar dan Maha Melihat.AllahuAkbar!!

Friday, December 25, 2009

semangat

teringat kata seorang saudara bunyinya begini;
"berhenti dari apa yang mengecewakan,berehat dari apa yang memenatkan,namun bekejarlah kepada apa yang diharapkan"
waktu mula2 aku baca mesej tu,aku dapat rasakan yang darah semangat tu naik kembali.Macam ada aura pulak dengan kata2 tu.Aku baca banyak kali,ulang kali,berkali-kali.Lepastu,aku baca kuat2 depan sahabat aku,ha baru padan muka depa asyik dengar aku popet-popet.hahaha.Lepastu aku ambil kertas,aku belek2 cari,mana pen aku,hmmm...dan ku tampal kata2 tu kat dinding sebelah almari.
Tapi heran pulak aku,bila dah tampal kemas2 kat dinding,tak de pulak aku nak baca banyak kali,ulang kali dan berkali2?ishhh..apeke namanya ni?ghope macam nak motivasi diri sangat.Dah elok2 dah semangat tu berkobar2,bila tang kemuncak tu,merudum pulak dah..ape hey le akuu?selalu sangat macam tu.Tapi satu hari waktu nak tutup suis komputer,bebola mata ni tergerak pulak melihat kata2 tu sekali lagi,terus hati aku terdetik,"yaAllah,aku ni tau tampal je,baca tak jugak" sejak tu lah aku pandang kata2 tu,dan terus hafal masuk dalam kepala otak ni,sampai sekarang aku ingat.Lepastu masa ni baru le aku tau,rupanya,bukan orang lain yang menggerakkan kita untuk menjadi manusia yang bermotivasi,ataupun mengingatkan kita untuk menanamkan semangat dalam diri,ataupun menyedarkan kita patutnya kita sentiasa mengingati satu2 harapan orang terhadap kita tetapi semua tu ada pada kita sendiri,kitalah sendiri yang memikirkan bagaimana hendak menjadi seorang yang bermotivasi,kita sendirilah yang memelihara semangat yang sudah ada dalam diri,dan kita sendirilah yang sentiasa membuka mata, aqal dan hati,setelah bangun dari tidur ,kita perlu ingat harapan2 orang pada kita untuk melihat kita berjaya.
ohh..aku rasa amat bersyukur,sebabnya,tak payah penat2 aku fikir nak pergi kursus motivasi,tak de nak nangis2 tak tentu arah,tak de nak bazir duit(dah memang tak de duit puuun)walaupun macam nak jatuh je,macam dah takde semangat langsung tapi eh2?!!aku tengah tulis artikel aku sendiri?hoo...kata2 semangat dari saudara aku tu aku ingat dan bawak sampai nak jawab exam haritu,dan alhamdulillah,peperiksaan berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya aku merasakan yang aku tidak akan mampu lakukan.akhirnya...semangat aku bersinar kembali.ini semua kuasa Allah.Kebergantungan kita kepada Allah semata,jika tidak mencampuradukkannya terhadap kepercayaan2 yang lain,pasti amat dirasai kebahagiaannya.percayalah..
ooo'??tapi aku takut jugak kalau perkara sama berulang lagi!macamana niii????

Thursday, December 24, 2009

CINTA UNTUK AKU?

ku rentasi hari2ku dengan penuh wajah cinta..ku lihat kiri..ada cinta..ku lihat kanan ada cinta..."ibu..tungguuu.."jerit si anak dengan manja,berlari-lari memaut tangan ibunya.."along belajar apahari ini?".."cikgu bawak pergi taman bu,ada pokok,ada daun,ada bunga,.ibu..ibu..,cikgu suruh pegang batu yang kat tepi kolam air pancut bu.." terus-terus anak bercerita sambil menggenggam tangan ibunya..sehingga hilang kelibat tingkah anak kecil itu...sungguh itu direnung penuh rasa cinta ibu terhadap anaknya..terdengar tawa manja dikanan pemerhatianku,sketsa romantis sang suami mengusik isterinya,"eh yang,lawa lah perempuan tu?tengok tu!" si isteri menjeling cemburu dengan kata puji si suami.."eee..gatalnyeee"cepat saja tangan si isteri mencubit geram,..cemburu tanda sayang,geram tanda risau!tersenyum sajalah si suami mengusik manja..ada tawa dihujung kata.sungguh cinta mereka masih berpadu.aku berjalan tunduk.dalam benak fikirku dunia memang dilimpahi cinta..tanpa cinta..bagaimanakah kita?..telefon bimbitku berbunyi.."SMSSS" "mengapa masa mu langsung kau terhadkan untukku?jika benar kau cinta,hiruplah udaranya,disitu kau rasa sentuhan kasih ini.sambutlah cintaku...-sang arjuna hati-"..ohhh...aku??hahaha...CINTA UNTUK AKU?cinta itu untuk aku jua???waaahhh duniaa...hebat kau dengan cinta..hati berbunga kini,lebih mekar kuntumnya kini..."kata aku...akuuu...yaaa,..aku inginkannya..aku jua ingin rasa bagaimana rasa cinta..aku jua manusia biasa..aku perlukan cinta..hmmm bila CINTA BERPUTIK,RINDU TELAHPUN BERMULA.,..senyum sendiri aku,memikir cinta berserakan dalam duniaku..ku benam isihatiku dalam kejernihan air suci itu,kutadahi ia...ahhhh...benar ini keputusanku..aku terlalu rindu padanya,aku harus lakukan sesuatu untuknya..aku perlu cintanya,maka aku harus usaha memberi cintaku...jam itu menemani malam ku,menemani aku yang terlalu ingin berjumpa dengannya..cinta...jangan kau cemari kasihku padaNya,jangan kau semburkan raguku padaNya,hati,jangan kau beri kasih yang ternoda,jangan kau campak kotorbusuk itu,..jiwa..aku tenang kau memahami diriku..aku...masih perlu menggali,sampai tuju puncak destinasi abadi..

Wednesday, December 23, 2009

Tuesday, December 22, 2009

PENGHARGAAN

aku bersyukur padamu TUHAN
mengurniakanku
sahabat dan kerabat
yang baik hati
membantu dalam
penghasilan kerjaku,
mereka benar2 orang yang sabar
malayani karenah ku,
yang sering kali
dan suka,
memeningkan kepala mereka
kadang2 ketawa sendiri...
aku nii...
suka buli orang,
tapi mereka tetap sudi membantu
terima kasih sahabatku
F.S.A.J,
kerana kau juga membantuku
tidak jemu..
maaf jika aku memberatimu,
terima kasih kerabatku,
N.A.S.M.N,
lagi tak jemu menolongku,
hehehe,
tergelak aku jika terbayangkan itu,
terima kasih semuaaaaa....
aku suka...
aku sayang...
aku hargai jasa baik kalian...SYUKRAN